Tuesday, May 5, 2009

LAWATAN BAJET BERKUMPULAN KE TEMASEK

Anda juga boleh melihat arkib gambar di


Esplanade




















Kereta Kabel Pulau Sentosa
Perhatikan patung Singa Merlion di kejauhan

LAWATAN BAJET KE SINGAPURA
Lawatan berkonsep bajet khusus untuk mereka yang berminat melawat Singapura sehari suntuk dengan bajet paling minima. Pihak penganjur cuma mengenakan bayaran RM 150 seorang untuk peserta yang berangkat dari Johor Bahru . Bayaran ini untuk kos pengangkutan pergi dan balek , makan tengahari dan Pakej di Pulau Sentosa . Pakej di Pulau Sentosa yang di masukkan ke dalam pakej ialah Song Of The Sea. Lain-lain acara seperti di bawah adalah optional. Peserta boleh menyertai acara di bawah dengan perbelanjaan sendiri.

1) Cable carhttp://mountfaber.blogspot.com/
http://mountfaber2.blogspot.com/

3) Pertunjukan Dolphin
http://dolphinjinak.blogspot.com/

4) Song of the Sea pada pukul 8.00 malam
http://songofthesea2.blogspot.com/

PASPORT ANTARABANGSA
Jika anda telah memiliki pasport antarabangsa tidak perlu lagi membuat permohonan di imigresen. Peserta yang belum memiliki pasport antarabangsa sila pergi ke imigresen berhampiran tempat tinggal . Harga pasport telah di turunkan oleh kerajaan baru-baru ini kepada cuma RM100 sahaja untuk tempoh 2 tahun. Jika ingin memohon untuk tempoh 5 tahun harga pasport RM 300. Bergantung kepada keperluan dan kemampuan anda. Tempoh siap pasport cuma 2 jam sahaja.


PAKEJ BERKUMPULAN
1) Anda mesti memiliki sekurang-kurangnya 20 orang dalam satu kumpulan . Setiap kumpulan
mesti melantik seorang ketua .

2) Untuk yang tiada pasport boleh mohon SURAT PERJALANAN BERKUMPULAN untuk
menggantikan pasport. Mesti ada minima 5 orang dan maksima 20 orang untuk setiap
surat perjalanan berkumpulan. Setiap surat berharga RM 200. Semakin ramai dalam sebuah
kumpulan maka semakin sedikit jumlah yang perlu di bayar oleh setiap individu dalam
kumpulan. Sebagai contoh , jika dalam sebuah kumpulan terdapat 20 orang, maka setiap
peserta di dalam kumpulan hanya perlu membayar RM 10 sahaja. Permohonan akan
mengambil masa 5-7 hari bekerja. Seorang wakil kumpulan perlu hadir ke pejabat imigresen untuk
mengambil borang permohonan.

3) Pakej berkumpulan sesuai untuk badan-badan Kerajaan , Swasta , Sekolah , Pengajian Tinggi,
Pekerja Industri .

JADUAL LAWATAN

1) Bergerak dari Johor Bahru pada pukul 8.00 pagi hari Ahad

2) Sampai di Esplanade pada pukul 9.00 pagi . Bergerak dari Esplanade pada 10.00 pagi
http://relaxesplanade.blogspot.com/

3) Sampai di Studio Jalan Ampas pada pukul 10.30 pagi. Bergerak pukul 11.00 pagi
http://memoribujanglapuk.blogspot.com/

4) Sampai di Orchard Road pukul 11.30 pagi. Bergerak dari sana pukul 12.30 tengahari.
http://pusingorchard.blogspot.com/

5) Sampai ke Kg Gelam pukul 1.00 tengahari .Makan nasi beriani di Arab Street
6) Sampai di Pulau Sentosa Pukul 2.30 petang. Bergerak balek ke JB pukul 8.30 malam
http://santaisentosa.blogspot.com/
http://santaisentosa2.blogspot.com/
http://santaisentosa3.blogspot.com/





Studio Jalan Ampas dari dalam


Pintu masuk Studio Jalan Ampas.



Di dalam bilik Stor P.Ramlee

STUDIO JALAN AMPAS

Ini sebenarnya pakej bonus. Setakat ini belum ada pakej lawatan rasmi yang membawa pelawat ke tempat ini. Anda yang ingin merasai nostalgia P. Ramlee dan filem Seniman Bujang Lapuk akan berpeluang untuk merasainya. Secara dasarnya pemilik Studio iatu Syarikat perfileman Shaw Brothers tidak membenarkan kawasan studio di masuki orang luar. Tetapi di atas dasar ehsan dan nasib yang baik anda "mungkin" berpeluang di bawa memasuki kawasan studio ini . Dan jika anda benar-benar bernasib baik anda "mungkin" dapat memasuki bilik-bilik di dalam studio ini. Ada di antara anda yang mungkin teringin melihat bilik di mana salah sebuah adegan klasik filem Seniman Bujang lapuk telah dijalankan. Adegan tersebut yang sentiasa segar di hati kita sehingga ke hari ini iatu temuduga antara P. Ramlee , Aziz Satar dan S. Shamsuddin bersama Kemat Hassan sebagai pengurus studio. Anda akan merasai sesuatu yang halus di dalam kalbu apabila berdiri di sekitar kawasan bilik. Cubalah ! Mana tahu anda mungkin bernasib baik.....Tetapi jangan sedih jika anda hanya berpeluang melihat studio dari luar. Anda masih bertuah kerana dapat melawat studio berbanding jutaan peminat yang lain. Berdoalah agar Pemerintah Singapura tidak ada rancangan untuk merobohkan Studio bersejarah ini.

"Di mana kan ku cari ganti....serupa denganmu...."


Di rumah S.Shamsuddin


Isteri S.Shamsuddin

MATLAMAT PAKEJ
Tujuan pakej adalah untuk memberi peluang rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk merasai nikmat melancong ke negara jiran dengan bajet minima .

Satu lagi matlamat yang sama pentingnya ialah memberi peluang kepada peminat-peminat Allahyarham P.Ramlee untuk melihat bekas peninggalannya di Studio Jalan Ampas. Sebelum ini banyak gambar dan kisah Studio ini telah di paparkan oleh Media Cetak. Tetapi maklumat yang di salurkan cuma berbentuk artikel umum . Oleh itu ramai peminat di seluruh tanahair yang yang tidak mendapat maklumat secara khusus berkenaan cara-cara untuk ke Studio tersebut dan siapakah yang harus mereka hubungi. Pakej ini memberikan khidmat sosial peminat-peminat di seluruh tanahair. Sebahagian besar filem-filem box-office P.Ramlee di hasilkan di dalam dan disekitar Studio tersebut. Penganjur ingin menjadikan pakej ini sebagai suatu kenangan paling manis di dalam hidup peserta. Setelah berpuluh-puluh tahun dan berpuluh-puluh kali menonton Seniman Bujang lapuk tiba-tiba pada suatu hari anda benar-benar berada di situ ! Setelah berpuluh-puluh tahun menonton filem Madu Tiga dan tiba-tiba pada suatu hari anda berada di atas jambatan tempat P.Ramlee terjun !( jambatan tersebut terletak bersebelahan Studio Jalan Ampas )

PENDAFTARAN PAKEJ

Encik Man : 014-3129259
Sila buat tempahan awal untuk mengelakkan kekecewaan. Tempahan untuk musim cuti sekolah sedang "filling fast " .Anda juga boleh melihat arkib gambar lawatan Singapura di :

http://www.kelabsaving.com


Untuk membuat tempahan sila isi borang di bawah :





4 comments:

  1. Tahniah! Menarik!
    Semoga terus maju.

    Dijemput semua rakan-rakan bisnes untuk membuat iklan dan promosi di laman terkini secara PERCUMA di:

    http://www.malaysia-iklan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. semoga bergembira diatas apa yang telah dibelanjakan...

    ReplyDelete
  3. boleh cerita lebih detail x psl pakej ni...cthnye bgerak naik apa??berkumpul dimana??apa lg pilihan tmpt len yg ada??kami merancang ke singapura pada 10 Dis 11..lawatan sehari suntuk...ada pilihan x??

    ReplyDelete
  4. ✳PROMO SINGAPORE/TOUR/USS♡
    .
    》www.facebook.com/lovetravel86
    .
    Salam Admin & Semua. ☺ Jika berminat nak join jom #SingaporeTour day trip dari Johor Bahru dari serendah 🔥RM109 sahaja (harga 2019) & 🌍#USSPromo Day Trip from JB murah-murah (PM for Promo).. Pakej Group bole dianjurkan.
    .
    Banyak #TiketSingapore / #TiketUss on Promo-lain2 juga menanti anda ✳Private Tour (Trip dari JB via car-alza-starex) 🚘 pun ada.. atau nak join bajet Backpackers Trip (JB-SG)? 🙌
    .
    (WHATSAPP) sis untuk info lanjut ya! 😃 HP: 🔹012-7760219 (JESS)
    .
    #LoveTravel 🔹www.facebook.com/lovetravel86
    .
    #promouss #pakejuss #promopakejuss #tiketussmurah #tiketmurahuss #usspakej #pakejsingapore #pakejmurah #toursg #starexjb #sewastarex #sewastarexjb #travelagentjb
    .
    PM untuk dapatkan "Harga Special" anda ☺
    》www.wasap.my/60127760219/sgtravel (JESS)
    》www.wasap.my/60127760219/sgtravel (JESS)
    》www.wasap.my/60127760219/sgtravel (JESS)
    .
    Terima kasih [From Johor Bahru]

    ReplyDelete